Pendidik Sarjana Ilmu

Search This Blog

Powered By Blogger

Friday 23 September 2011

Jenis-jenis Penilaian - INTERAKSI MINGGU 5

Jenis-jenis Penilaian


Ujian pencapaian - ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajar.
Ujian kecerdasan – disebut juga ujian mental - mengukur perbezaan di antara individu.



Ujian prestasi - memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan. Penekanan yang diberikan kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan.

Ujian diagnostik - mengenal pasti masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah.

Ujian kecekapan - digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti.

Ujian bakat - Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki.

Ujian personaliti - untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang murid.

Ujian rujukan Norma – keputusan ujian seseorang calon dibandingkan dengan dengan keputusan pelajar yang lain yang mengambil ujian yang sama sama ada dalam kelas yang sama atau berlainan.

Ujian rujukan kriteria – maklumat atau prestasi pelajar dibandingkan dengan kriteria yang telah ditetapkan tanpa melibatkan perbandingan antara pelajar.

Penilaian formatif – penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberikan maklumat sejauhmana pembelajaran telah dikuasai.

Penilaian sumatif – dikaitkan penilaian pada akhir penggal atau semester. Memberikan nilai yang membezakan antara peringkat pencapaian pelajar.




Pengukuran dan Pentaksiran

      Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat penguasaan dalam pembelajaran para pelajar. Menurut Mokhtar Ismail, pengukuran merupakan langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat-sifat tertentu dari aspek tahap status nilai, proses atau nilai yang menunjukkan nilai kauntitatif, merangkumi skala ordinal atau skala selang dan boleh menentukan kedudukan atau pencapaian murid.tertentu.Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Pengukuran juga merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah kepada siswa dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Manakala pentaksiran didefinisikan sebagai satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara angka  tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat pengukur tertentu. Pentaksiran  akan menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu
Pentaksiran juga adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri yang diperoleh seseorang individu. Pengujian dan pengukuran dapat memberi pihak sekolah suatu indikator pencapaian sama ada dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif untuk dianalisis. Dapatan dari analisis ini membantu sekolah membuat sesuatu keputusan dalam merancang program-program dan tindakan penambahbaikan.
Dalam konteks pendidikan, konsep pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi bagi tujuan tertentu.
Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
1.  Instrumen
2.  Kumpulan yang ditaksir
3.  Respon
4.  Kumpulan yang menaksir
5.  Skor
Pentaksiran haruslah dilihat sebagai::-
1.  i.        Proses mendapat gambaran tentang prestasi sesorang dalam pembelajaran.
2.  ii.        Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
3.  iii.        Aktiviti yang dijalankan berterusan.
4.  iv.        Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik
Ciri-ciri pengukuran
1.  Pengujian boleh  dilakukan melalui  pemerhatian dan pencerapan
2.  Melaksanakan pengukuran melalui kaedah pengujian
3.  .Pengukuran tidak bersifat mutlak (Contohnya: Pengukuran keupayaan mental sukar diukur dengan tepat     berbanding   ketinggian pelajar yang boleh diukur dengan pembaris).
4.  Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka (prestasi / keupayaan digambarkan dengan angka)
5.  instrument pengukur mestilah sah dan boleh dipercayai sesuai dengan perkara yang hendak  diukur.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages