Pendidik Sarjana Ilmu

Multimedia Anda

Loading...

Search This Blog

Loading...

Friday, 23 September 2011

Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian - INTERAKSI MINGGU 1

Pentaksiran
          Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal
berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula
melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran
ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor
     Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Dalam kontekspendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu pro­ses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malay­sia, 2000). Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.



Pengujian

           Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.


Penilaian

         Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)

menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and
providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia
adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat
tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan
keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data
kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau
selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.



Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
 mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
 menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang
telah disampaikan.
 membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di
sekolah.
 menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka.
 membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka
sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan
 membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka
dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula
memperbaikinya.







1 comment:

  1. hai.....saya dari IPG keningau sabah, boleh tak awak bagi saye senarai rujukan awak untuk notadi atas....tq..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages