Pendidik Sarjana Ilmu

Search This Blog

Powered By Blogger

Sunday 25 September 2011

Pembinaan Ujian - INTERAKSI MINGGU 4

Pendahuluan
         Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan
ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar
dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk
memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif :



1) Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.


Item Respons Bebas

i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah
turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya
bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
         Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi
penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau
salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.



Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan                            Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan             A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif Pancaindera     B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk            C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan         D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang
berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi




Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji
kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .
Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan
ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan
sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz
pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh
guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta
melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian,
berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan
mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling
sesuai menurut makna keseluruhan teks.

2) Soalan Subjektif :
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-

  • Item Jenis Struktur
  • Item Jenis Esei
  • Pembinaan Ujian
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
      Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam
pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah
objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages